Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPendahuluan

Majlis Ilmu adalah merupakan salah satu acara utama perayaan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu sejak tahun 2004. Majlis Ilmu telah banyak
menyumbangkan berbagai ilmu pengetahuan yang relevan dan semasa kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. 


Fokus Majlis Ilmu setiap tahun ditentukan oleh tema yang dipilih bagi tahun berkenaan. Contoh fokus dan tema bagi Majlis-Majlis Ilmu 2011 hingga 2018 adalah seperti berikut:


Majlis Ilmu

Fokus/PengajurTema
2011

Pendidikan
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Pendidikan)

"Pendidikan Membentuk Syakhsiah Bangsa"

2012

Kesihatan
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Kesihatan)

"Nikmat Kesihatan Asas Kesejahteraan Negara"

2013

Undang-Undang Jenayah Syariah
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Hal Ehwal Ugama)

"Undang-Undang Jenayah Syariah Menjamin Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua"

2014

Sains dan Teknologi
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Pembangunan)

"Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah"

2015

Kesejahteraan sejagat
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Hal Ehwal Ugama)

"Wasatiah Asas Kesejahteraan Sejagat"

2016

Perhubungan
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Perhubungan)

"Menjana Perhubungan Berkat Dan Selamat Pemangkin Kesejahteraan Ummah"

2017

Kesan serta peranan Kepimpinan Raja Shaleh yang membawa berkat kepada negara
(Jabatan Perdana Menteri / Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri / Kementerian Hal Ehwal Ugama)

"Mensyukuri Kepimpinan Terutama Perkhidmatan Ugama Sepanjang 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam"

2018

Ekonomi, dengan penumpuan diberikan kepada pertanian dan perlaksanaan projek-projek tertentu.
(Jabatan Perdana Menteri/Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan/Kementerian Kewangan dan Ekonomi/Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian

"Sektor Pertanian: Survivabiliti Bangsa dan Negara"




OBJEKTIF

Menjadi mercu tanda kepimpinan intelektualisme Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terutama kedudukan Baginda sebagai Pemimpin Islam yang amat menitikberatkan kepentingan ilmu untuk semua lapisan masyarakat dan sebagai wadah menghidangkan ilmu dan maklumat yang berguna kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Majlis Ilmu adalah juga satu platfom yang menyatukan ummah di bumi Brunei Darussalam dengan negara-negara Islam serantau dan antarabangsa, melalui penglibatan penceramah-pencermah undangan dari luar dan penganjuran bersama seperti pada tahun 2015, di mana penganjuran Majlis Ilmu diusahakan bersama dengan Pertubuhan Islam Sedunia (Rabitah Al-Alam Al-Islami), dengan tema “Konsep Wasatiyyah: Pendekatan Mazhab Syafie”.