Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
18.07.18 Fokus bidang pertanian sebagai agenda utama

‚Äč

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Julai. - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018 sempena Perayaan Sambutan Ulang Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 mengetengahkan sektor perekonomian memfokus kepada bidang pertanian sebagai agenda utama.

Mesyuarat tersebut turut membincangkan penubuhan Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja bagi menggerakkan acara-acara yang dirancang di sepanjang Sambutan Majlis Ilmu 2018 serta Kertas Konsep Majlis Ilmu 2018 termasuk konsep dan tema serta atur cara perisian Majlis Ilmu 2018.

Hadir mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung di West Wing, Aras 1, Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018.

Mesyuarat didahului dengan bacaan AI-Fatihah dan Doa Selamat diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Mesyuarat dihadiri oleh Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018, Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussein dan Mufti Kerajaan,Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018.

Turut hadir, Timbalan- Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018, Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Timbalan Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw; Setiausaha-Setiausaha Tetap, Naib-Naib Canselor, Timbalan- Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan di JPM, Kementerian Kewangan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Kementerian Tenaga (Energy) dan Perindustrian.


Sumber berita: Pelita Brunei
Sumber foto: InfoFoto

Attachments