Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
08.07.2021 - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2021

MI2021 pertama.png


•MAJLIS Ilmu merupakan mercu tanda kepimpinan intelektual Kebawah Duli Yang Maha Mulia terutama kedudukan baginda sebagai pemimpin Islam yang amat menitikberatkan kepentingan ilmu untuk semua lapisan masyarakat.


• MESYUARAT Pertama Jawatankuasa Pandu tersebut telah menumpukan perbincangan mengenai cadangan tema dan program-program Sambutan Majlis Ilmu 2021 serta perkara-perkara yang berkaitan.


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Julai. - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2021 sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 Tahun, diadakan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini, di sini.


Majlis Ilmu merupakan mercu tanda kepimpinan intelektual Kebawah Duli Yang Maha Mulia terutama kedudukan baginda sebagai pemimpin Islam yang amat menitikberatkan kepentingan ilmu untuk semua lapisan masyarakat.


Sejak permulaannya pada tahun 2004, Majlis Ilmu telah mengetengahkan pelbagai tema termasuk ‘Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah’, ‘Sektor Pertanian : Survivabiliti Bangsa dan Negara’ dan ‘Manuskrip Islam Mercu Tanda Ketamadunan Umat’.


Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pandu tersebut menumpukan perbincangan mengenai cadangan tema dan program-program Sambutan Majlis Ilmu 2021 serta perkara-perkara yang berkaitan.


Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud yang juga selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2021.


Turut hadir pada mesyuarat tersebut, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang juga selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2021; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu.


Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; dan Timbalan-Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi selaku Timbalan-Timbalan Pengerusi Bersama serta ahli-ahli yang terdiri daripada Timbalan Mufti Kerajaan, Rektor, Ra’es, Naib-Naib Canselor, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan yang berkenaan.


Sumber: http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=34690


Attachments