Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
15.12.2020 : Menjaga kesihatan, kesejahteraan diri adalah amanah Allah

‚Äč

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 15 Disember. - Sambutan Majlis Ilmu 2020 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-74, Tahun 2020, diadakan pagi tadi, bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini.

 

Berangkat pada majlis berkenaan, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, iaitu dari Surah Hud, ayat 9 hingga 11, disampaikan oleh Pegawai Pelajaran, Sekolah Arab Rimba, Awang Mohammad bin Ali, manakala kesimpulan maknanya dibacakan oleh Pegawai Buhuth, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Martino @ Abdul Azim bin Haji Ahmad.

 

Antara inti sari dari Surah Hud, ayat 9 hingga 11 berkenaan ialah mengenai banyaknya nikmat yang Allah Subhanahu Wata'ala anugerahkan kepada manusia.

 

Antara nikmat yang dianugerah Allah Ta'ala kepada manusia itu ialah nikmat kesihatan yang sering kali dilupakan untuk disyukuri, kecuali apabila telah datang waktu sakit.

 

Salah satu cara mensyukuri nikmat kesihatan ialah dengan berterusan memelihara diri daripada sebarang penyakit

baik jasmani, rohani mahupun mental.

 

Dengan demikian, kita mampu menjadi masyarakat yang sihat, progresif dan maju juga dapat mencapai hasrat negara menjadi sebuah negara Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur.

 

Acara diteruskan lagi dengan Siaran Titah Perutusan Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Ilmu 2020.

 

Atur cara kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan, disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2020 dan Ceramah Khas Majlis Ilmu 2020 oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

 

Doa Sambutan Majlis Ilmu 2020 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-74, Tahun 2020 pula dibacakan oleh Pegawai Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd.

Salleh.

 

Juga hadir, Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; Timbalan-timbalan Menteri; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Ketua-ketua Jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan; Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung; pegawai dan kakitangan kerajaan; pegawai dan kakitangan Statutory Boards; Government Linked Companies (GLCs); mahasiswa Institut Pengajian Tinggi; dan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN).

 

Tema Sambutan Majlis Ilmu 2020, iaitu 'Mensyukuri Ni'mat Kesihatan Sebagai Anugerah Allah' menghuraikan mengenai dengan kesihatan adalah satu anugerah nikmat yang besar daripada Allah Subhanahu Wata'ala, di mana fizikal dan mental yang sihat adalah asas kepada pembangunan dan kesejahteraan ummah.

 

Menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri adalah amanah Allah yang mewajibkan hamba-Nya untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bersih. Kehidupan sihat merupakan salah satu asas utama ke arah mencapai kejayaan juga kemajuan dalam pelbagai bidang.

 

BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran iaitu dari Surah Hud, ayat 9 hingga 11 yang disampaikan oleh Pegawai Pelajaran, Sekolah Arab Rimba, Awang Mohammad bin Ali, manakala kesimpulan maknanya dibacakan oleh Pegawai Buhuth, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Martino @ Abdul Azim bin Haji Ahmad.


PROGRAM Khidmat Bakti Negara antara yang hadir pada Sambutan Majlis Ilmu 2020 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-74, Tahun 2020 berkenaan.

Sumber Pelita Brunei Online


Attachments