Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
03.11.2020 : Mesyuarat pertama Majlis Ilmu 2020

‚Äč



BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 3 November. - Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2020 sempena Sambutan Perayaan Hari Ulang Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-74 diadakan pagi tadi di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 

Hadir bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut ialah Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2020, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar; Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

 

Yang Berhormat Menteri di JPM dalam ucapan alu-aluannya pada mesyuarat tersebut menyatakan bahawa pada mengambil kira keadaan negara yang mengambil langkah berhati-hati terhadap jangkitan wabak COVID-19 serta garis panduan Kementerian Kesihatan yang berjalan pada masa ini, maka Majlis Ilmu 2020 ini akan diadakan dalam format khas yang berlainan daripada acara-acara pada tahun-tahun sebelumnya.

 

Majlis Ilmu pada tahun ini akan dianjurkan bersama oleh JPM, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Kesihatan.

 

Majlis Ilmu 2020 ini akan membawa tema 'Mensyukuri Ni'mat Kesihatan Sebagai Anugerah Allah'.

 

Acara utama sambutan Majlis Ilmu 2020 ialah Ceramah Khas Majlis Ilmu 2020 yang akan diadakan pada Selasa, 1 Disember 2020, di samping beberapa acara sektoral yang berupa ceramah-ceramah Majlis Ilmu sepanjang bulan Disember 2020 hingga Mac 2021.

 

Turut hadir, Timbalan-timbalan Pengerusi Bersama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman; Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; serta Pegawai-pegawai Kanan JPM, KHEU dan Kementerian Kesihatan. 


Sumber Berita : Pelita Brunei

Sumber Foto : Pelita Brunei


Attachments