Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
28.09.19 Mesyuarat Ketiga Majlis Ilmu 2019

‚Äč


Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-73 Tahun bagi Tahun 2019 adalah sebagai mesyuarat susulan bagi membincangkan persediaan Majlis Ilmu 2019 dan memutuskan perkara-perkara yang memerlukan pertimbangan serta ketetapan ke arah kesempurnaan majlis berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019 mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang berlangsung di West Wing, Aras 1, Bangunan JPM, di sini.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019, Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019.

Turut hadir, Timbalan-timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019, Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A Mohammad; Timbalan Menteri Kewangan (Ekonomi), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Setiausaha-setiausaha Tetap; Naib-naib Canselor; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan di JPM, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Mesyuarat kali Ketiga Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019 dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pemangku Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri di JPM.

Mesyuarat juga seterusnya mendengarkan taklimat laporan daripada Pengerusi-Pengerusi bagi setiap Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Majlis Ilmu 2019, berhubung perkembangan terkini persiapan-persiapan yang sedang giat dijalankan, serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi memeriahkan Majlis Ilmu 2019 yang akan diadakan nanti.

Majlis Ilmu pada tahun ini akan diadakan pada 12 hingga 16 Oktober 2019 di Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan tema Majlis Ilmu pada tahun ini adalah 'Manuskrip Islam Mercu Tanda Ketamadunan Umat'.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments