Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
05.09.19 Pantau persiapan pelaksanaan Majlis Ilmu 2019

‚Äč


Mesyuarat Kali Kedua Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019 merupakan mesyuarat susulan, bertujuan untuk memantau perkembangan persiapan-persiapan serta membincangkan laporan perkembangan terkini bagi memastikan pelaksanaan Majlis Ilmu 2019 berjalan dengan teratur dan sempurna.

Hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di West Wing, Aras 1, Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), pagi tadi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019 sempena Perayaan Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-73 Tahun bagi Tahun 2019.

Juga hadir, Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018, Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A Mohammad dan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Setiausaha-setiausaha Tetap; Naib-naib Canselor; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Pegawai-pegawai Kanan di JPM, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Mesyuarat didahului dengan bacaan Surah AI-Fatihah dan Doa Selamat oleh Rektor, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat juga seterusnya mendengarkan taklimat laporan daripada Pengerusi-pengerusi bagi setiap Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Majlis Ilmu 2019, berhubung perkembangan terkini persiapan-persiapan yang sedang giat dijalankan, serta aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi memeriahkan Majlis Ilmu 2019.

Majlis Ilmu tahun ini akan mengetengahkan tema 'Manuskrip Islam Mercu Tanda Ketamadunan Umat' sebagai agenda utama.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto



Attachments