Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
27.07.19 Konsep Majlis Ilmu 2019 dibincangkan

‚Äč


Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-73 bagi Tahun 2019 dipengerusikan hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019.

Mesyuarat berlangsung di Bilik Mesyuarat West Wing, Aras 1, Bangunan JPM, Jalan Perdana Menteri, di sini.

Yang Berhormat Menteri di JPM dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan bagi Majlis Ilmu 2019 diadakan sebagai salah satu acara utama Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-73 tahun.

Pada mesyuarat tersebut juga, Yang Berhormat Menteri di JPM juga telah memaklumkan tentang penubuhan Jawatankuasa Pandu dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja bagi menggerakkan acara-acara yang dirancang sepanjang Sambutan Majlis Ilmu 2019.

Dalam pada itu, mesyuarat juga telah membincangkan mengenai Kertas Konsep Majlis Ilmu 2019 serta perkara-perkara yang berkaitan.

Terdahulu, mesyuarat didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dibacakan oleh Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Besar.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Pemangku Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Mulia Dato Seri Paduka Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2019 iaitu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh; Setiausaha-setiausaha Tetap; Naib Canselor - Naib Canselor; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; dan Pegawai-pegawai Kanan di JPM, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments