Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
29.11.18 Tingkat pencapaian mantap dalam sektor pertanian


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 November - Majlis Ilmu 2018 diteruskan lagi di hari ketiga dengan Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2018 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini.

Berkenan berangkat pada Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2018 ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman. 

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dijunjung oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A. Mohammad, selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018 dan Pengerusi Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2018. 

Turut menjunjung keberangkatan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ialah isteri-isteri kepada Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018, iaitu Datin Dayang Hajah Norhaida binti Haji Sulaiman, isteri kepada Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong; Datin Dayang Hajah Zalina binti Haji Omar, isteri kepada Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Pengiran Datin Noor Yasimah binti Pengiran Anak Haji Hashim, isteri kepada Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; dan Datin Dayang Hajah Maimunah binti Haji C.A. Mohammad, isteri kepada Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien; juga Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018.

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Ugama Kanan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Norainiyanti binti Haji Hussin.

Yang Mulia Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda dalam sembah alu-aluannya menyatakan akan kepentingan penglibatan kaum hawa dalam industri pertanian dan ternakan, yang mana ia dihasrat untuk memberikan persepsi yang betul kepada orang ramai, khususnya dalam kalangan wanita.

Menurutnya bidang tersebut juga boleh dijadikan sebagai kerjaya atau sumber pencarian ke arah yang lebih positif, di samping agar sama-sama mendukung hasrat negara untuk mempertingkatkan lagi pencapaian yang mantap dan berkesan dalam sektor pertanian.

Menyentuh mengenai tema Majlis Ilmu 2018, iaitu ''Sektor Pertanian: Survivabiliti Bangsa dan Negara,'' beliau berkata, tema tersebut dizahirkan bertepatan pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memberikan penekanan akan kepentingan perkembangan ekonomi, terutamanya dalam bidang pertanian, seterusnya mendukung usaha-usaha ke arah pelaksanaan Wawasan Brunei 2035 bagi pencapaian ekonomi yang dinamik dan mampan.

Beliau seterusnya menjelaskan mengenai dengan pameran ringkas yang memfokuskan kepada enam bidang, iaitu Pameran Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Industri Padi; Industri Tanaman; Industri Ternakan; Industri Agrimakanan dan Industri Perikanan.

Pameran tersebut tambahnya, diungkayahkan dengan kerjasama padu di antara pelbagai agensi kerajaan berdasarkan pendekatan 'whole-of-nation approach' yang melibatkan penyertaan secara bersepadu di antara agensi-agensi kerajaan, industri-industri dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan.

Majlis diteruskan dengan Ceramah Perdana 'Wanita Sebagai Pendukung Aspirasi Negara Dalam Bidang Pertanian' yang disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei, Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Dayang Norainiyanti binti Haji Hussin.

Seterusnya, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dijunjung berangkat menyaksikan Pameran Ringkas Pertanian.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dijunjung berangkat ke Royal Lounge bagi menandatangani Lembaran Kenangan dan bergambar ramai bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018.

Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2018 merupakan perisian Majlis Ilmu 2018 yang diadakan sebagai salah satu acara keraian sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun. 

Objektif utama penganjuran Majlis Ilmu tersebut adalah sebagai mercu tanda kepimpinan intelektualisme Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan betapa baginda sangat menitikberatkan kepentingan ilmu untuk semua lapisan masyarakat.

Di samping itu, ia juga sebagai wadah membarigakan ilmu dan maklumat yang berguna kepada rakyat juga penduduk Negara Brunei Darussalam terutama membawa kepada penyertaan dan penglibatan positif dan aktif golongan belia-belia.

Acara pada tahun ini diungkayahkan bersama oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Kementerian Kewangan dan Ekonomi; dan Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian.



Sumber berita: Pelita Brunei
Sumber foto: InfoFoto

Attachments