Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
28.11.18 Seminar Majlis Ilmu 2018 (Hari Kedua)
Bandar Seri Begawan
Rabu, 20 Rabiulawal 1440H bersamaan 28hb November 2018M

Seminar Majlis Ilmu 2018 sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun diteruskan pada sebelah petang hari ini bertempat di Dewan Musyawarah dan Bilik Sepakat 4 & 5 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seminar-seminar melibatkan beberapa sesi selari (parallel sessions) dan mengetengahkan beberapa tajuk pembentangan mengikut sub-tema yang berkaitan dengan tema Majlis Ilmu 2018.

Pada hari ini, dua sesi seminar telah diadakan. Sesi Ketiga bersub-tema “Meningkatkan KDNK Melalui Sektor Pertanian”. Moderator bagi sesi ketiga ialah Yang Mulia Dr Joyce Teo Siew Yean, Penolong Naib Canselor (Global Affairs), Universiti Brunei Darussalam, yang mengetengahkan 4 kertas kerja yang bertajuk:

i. “Meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Melalui Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan”
Yang Mulia Dr. May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin,
Setiausaha Tetap (Ekonomi), Kementerian Kewangan dan Ekonomi
 
ii. “Menambah Nilai Sektor Pertanian Kearah Pembelbagaian Sektor Industri di Negara Brunei Darussalam”
Yang Mulia Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab,
Timbalan Setiausaha Tetap (Pengurusan, Koperasi dan Perindustrian), Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian

iii. “Perkembangan Sumbangan Sektor Pertanian Dalam KDNK Brunei Darussalam”
Yang Mulia Profesor Madya Dr. Hjh Rose binti Abdullah,
Senior Lecturer, Faculty of Economics and Islamic Finance, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

iv. “Pasaran Eksport Dan Pertumbuhan Sektor Pertanian Dan Perikanan”
Yang Mulia Mariani Binti Haji Sabtu,
Pemangku Pengarah Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

Manakala Sesi Keempat bersub-tema “Peranan Wanita Di Dalam Menjana Pengeluaran Pertanian”. Moderator bagi sesi keempat ialah Yang Mulia Dr Norhayati binti Hj Ahmad, Pengarah, Institute of Biodiversity & Environmental Research, Universiti Brunei Darussalam, yang mengetengahkan 4 kertas kerja yang bertajuk:

i. “Penglibatan Wanita Dalam Dunia Keusahawanan”
Yang Mulia Hajah Norizmah Binti Hj Awg Ahmad Morshidi,
Pengurus Am, Ideal Food Industries Sdn Bhd
 
ii. “Merintis Usaha Penternakan Itik Erlin Jaya Enterprise”
Yang Mulia Erni Nasriah Binti Abdurrazak,
Pengurus, Erlin Jaya Enterprise

iii. “Penglibatan Wanita Dalam Industri Pertanian Dan Penternakan Dalam Literatur Islam Klasik”
Yang Mulia Dr Lilly Suzana bin Haji Shamsu,
Penolong Profesor / Dekan Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

iv. “Peranan Wanita Dalam Perkembangan Ekonomi Melalui Sektor Pemakanan”
Yang Mulia Nurliyana Fatin binti Arifin,
Presiden Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB)

Seminar petang tadi turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Mulia Pengiran Haji Kamalrudzaman bin Pengiran Haji Mohd Ishak, Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; dan Yang Mulia Awang Abdul Halidi bin Mohd Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

Seminar akan diteruskan lagi esok pada hari Khamis, 21 Rabiulawal 1440H bersamaan 29hb November 2018M, iaitu Sesi Kelima bertema “Jaminan Sekuriti Makanan Dan Keselamatan Pengguna” dan Sesi Keenam “Penglibatan Masyarakat
 
Khasnya Belia Di Dalam Sektor Pertanian”. Seminar yang diadakan selama 3 hari ini adalah dibuka kepada orang ramai termasuk pengusaha dan para belia.



Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Penyiaran, Penerangan dan Percetakan Majlis Ilmu 2018
Sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun


Attachments