Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
27.11.18 Seminar Majlis Ilmu 2018 (Hari Pertama)
Bandar Seri Begawan, 27 November - Antara acara utama yang diadakan pada Majlis Ilmu 2018 sempena sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 72 Tahun adalah sesi Seminar yang diadakan selama 3 hari berturut-turut bertempat di Dewan Musyawarah dan Bilik Sepakat 4 & 5 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Seminar tersebut diadakan bermula hari ini, 19hb Rabiulawal 1440H bersamaan 27hb November 2018M sehingga 21hb Rabiulawal 1440H bersamaan 29b November 2018M, pada sebelah petang. Seminar-seminar akan melibatkan beberapa sesi selari (parallel sessions) dan akan mengetengahkan beberapa tajuk pembentangan mengikut sub-tema yang berkaitan dengan tema Majlis Ilmu 2018.

Pada hari ini, dua sesi seminar telah diadakan, iaitu:

Sesi Pertama bertema “Peningkatan Produktiviti Melalui Teknologi Moden” yang di moderatkan oleh Yang Mulia Dr. Hj Mohd Zamri bin Hj Sabli, Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, mengetengahkan 4 kertas kerja yang bertajuk:

“Peningkatan Produktiviti Melalui Penggunaan Teknologi Moden”
Yang Mulia Dayang Hajah Aidah binti Haji Mohd Hanifah, Pengarah Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

ii. “Peningkatan Produktiviti Melalui Sistem Hidroponik Bertingkat”
Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Abdul Rahman bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail,
Pengurus Umum, RZ Prisma Enterprise

iii. “Evolusi Teknologi Pertanian dan Agrimakanan: Peluang dan Manfaat Bagi Negara Brunei Darussalam”
Yang Mulia Dr. Wida Susanty binti Haji Suhaili,
Pembantu Profesor, Universiti Teknologi Brunei

iv. “Teknologi Moden Pikat Pelajar Memasuki Program Pertanian”
Yang Mulia Dayang Zaitunah binti Haji Kurus,
Ketua Sekolah Agroteknologi dan Sains Gunaan, IBTE Kampus Agroteknologi

Manakala Sesi Kedua telah dimoderatkan oleh Yang Mulia Dr Hussein bin Haji Taha, Pensyarah, Fakulti Sains, Universiti Brunei Darussalam yang bertemakan “Prinsip-Prinsip Pertanian Dalam Islam” dan mengetengahkan 4 kertas kerja yang bertajuk:

i. “Paradigma Islam Dalam Pertanian Tunjang Baldatun Tayyibah”
Yang Mulia Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Penolong Kanan Profesor,
Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

ii. “Al-Quran dan Peranan Haiwan dan Tumbuh-Tumbuhan Dalam Melestarikan Kehidupan”
Yang Mulia Dr Mikdar Rusdi, Penolong Kanan Profesor,
Dean Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

iii. “Pemakmuran Bumi Menerusi Aktiviti Pertanian Menurut Islam”
Yang Mulia Profesor Dr Haji Mahayudin bin Haji Yahya, Profesor Sejarah dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

iv. “Keutamaan Bidang Pertanian Dalam Menjana Ekonomi Umat Islam”
Yang Mulia Ustaz Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar, Pengarah Pusat Ilmu Teras,
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB)

Seminar petang tadi turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit. Seminar 3 hari ini juga dibuka bagi orang ramai termasuk pengusaha dan para belia.

Seminar akan diteruskan lagi untuk hari yang ke-2 pada hari Rabu, 20 Rabiulawal 1440H bersamaan 28hb November 2018M untuk Sesi Ketiga bertema “Meningkatkan KDNK Melalui Sektor Pertanian” dan Sesi Keempat “Peranan Wanita Di Dalam Menjana Pengeluaran Pertanian.



Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Penyiaran, Penerangan dan Percetakan Majlis Ilmu 2018
Sempena Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-72 Tahun
Attachments