Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
27.11.18 Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2018


Bandar Seri Begawan, 27 November 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Perasmian Majlis Ilmu 2018, yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, yang bertemakan ‘Sektor Pertanian: Survivabiliti Bangsa dan Negara’.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mat Suny bin Haji Md Hussein, Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018; serta Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018.

Berangkat sama ke Perasmian Majlis Ilmu tersebut, ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda `Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu Surah Yusuf, ayat 43 hingga 49 oleh Yang Mulia Haji Mohamad Fikri bin Haji Metussin, Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1439H bersamaan dengan 2018M. Manakala kesimpulan maknanya disampaikan oleh Yang Mulia Awangku Muhammad Wafiuddin bin Pengiran Haji Zulkarnain, Pegawai Buhuth, Jabatan Mufti Kerajaan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan mengurniakan titah Perasmian Majlis Ilmu 2018.

Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2018 seterusnya diikuti dengan Ceramah Khas bertajuk ‘Sektor Pertanian: Survivabiliti Bangsa dan Negara' yang disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta Kerabat Diraja berangkat bagi sesi bergambar ramai bersama para penyampai dan pemudahcara seminar.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudiannya berkenan berangkat ke Royal Lounge bagi menandatangani Lembaran Kenangan serta bergambar ramai bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018, dan seterusnya berkenan berangkat menyaksikan Pameran Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, bertempat di Dewan Press Conference.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat merasmikan Pameran Majlis Ilmu 2018 dan seterusnya menyaksikan Pameran tersebut. Turut mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw, Timbalan Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian dan Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Timbalan Menteri Pendidikan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Pameran.

Majlis Ilmu 2018 merupakan salah satu acara keraian sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun. Ianya adalah kali ke-13 diadakan sejak mula dilancarkan pada 2004.



Dikeluarkan oleh:
Jawatankuasa Penyiaran, Penerangan dan Percetakan Majlis Ilmu 2018 
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun
Sumber foto: InfoFoto
Attachments