Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
24.11.18 Pameran fokus lima bidang utama pertanian

‚Äč

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 November. - Pameran Majlis Ilmu 2018 akan diadakan selama tujuh hari bermula dari 27 November hingga 3 Disember 2018 di Pusat Persidangan Antarabangsa,  Berakas.

Sehubungan itu, Setiausaha Tetap (Tenaga), Kementerian Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Awang Haji Azhar bin Haji Yahya semasa Sidang Media Majlis Ilmu 2018 yang diadakan di Bilik Sejati 4, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas menyeru orang ramai untuk berkunjung menyaksikan pameran yang akan memfokuskan kepada lima bidang utama pertanian iaitu Pengenalan Sektor Pertanian yang akan mengetengahkan Evolusi Pertanian di Negara Brunei Darussalam: Dahulu, Sekarang dan Masa Depan; Sektor Pertanian dalam Perspektif Islam; dan Visi dan Misi dalam membangun sektor pertanian.

Kedua memfokuskan Pendidikan Pertanian; ketiga, Ekosistem Agribisnes; keempat Penyertaan Pengusaha-Pengusaha dan Produk (Pengeluaran Segar dan Pemprosesan); dan kelima ialah Agroteknologi (Sains, Teknologi dan Inovasi).

Dalam pada itu, Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim bagi pihak Jawatankuasa Pandu Sambutan Majlis Ilmu 2018 sukacita mengalu-alukan orang ramai khususnya para belia untuk sama-sama hadir ke Forum Perdana, Ceramah Perdana dan Seminar yang akan diadakan pada tarikh-tarikh yang dinyatakan.

Orang ramai juga dialu-alukan untuk datang beramai-ramai menyaksikan Pameran Majlis Ilmu 2018 dan aturcara-aturcara yang dirancang pada Majlis Ilmu 2018 ini yang akan memaparkan usaha-usaha yang telah dan sedang giat dilaksanakan pada masa ini untuk meningkatkan hasil perladangan dan perikanan di Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Maklumat lanjut mengenai aturcara Majlis Ilmu 2018, keterangan mengenai penceramah-penceramah, abstrak kertas-kertas kerja dan sebagainya akan dimuat naik ke laman sesawang Majlis Ilmu di www.majlisilmu.gov.bn


Sumber berita: Pelita Brunei
Sumber foto: InfoFoto
Attachments