Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
24.11.18 Seminar Majlis Ilmu 2018 bincang tajuk berkaitan tema

‚Äč

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 November - Sesi seminar Majlis Ilmu 2018 akan melibatkan beberapa sesi selari yang membincangkan beberapa tajuk pembentangan mengikut subtema yang berkaitan dengan tema Majlis IImu 2018.

"Sub-Tema 1: Peningkatan Produktiviti Melalui Teknologi Moden; Sub-Tema 2: Prinsip-Prinsip Pertanian Dalam Islam; Sub-Tema 3: Meningkatkan KDNK Melalui Sektor Pertanian; Sub-Tema 4: Peranan Wanita Di Dalam Menjana Pengeluaran Pertanian; Sub-Tema 5: Jaminan Sekuriti Makanan Dan Keselamatan Pengguna dan Sub-Tema 6: Penglibatan Masyarakat Khasnya Belia Di Dalam Sektor Pertanian", demikian digariskan oleh Setiausaha Tetap (Prestasi dan Korporat), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani pada sidang media Majlis Ilmu 2018  yang diadakan di Bilik Sejati 4, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

Beliau pula seterusnya menerangkan bahawa sesi seminar akan diadakan pada sebelah petang selama tiga hari.

"Sebanyak 24 kertas kerja akan dibentangkan pada seminar itu nanti di mana pembentang-pembentang adalah terdiri dari pegawai-pegawai kanan kerajaan, pakar-pakar bidang pertanian, pensyarah-pensyarah dan juga pengusaha-pengusaha dalam bidang pertanian dan perikanan," katanya.

Majlis Ilmu 2018 akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 27 hingga 29 November 2018 bertempat di ICC, Berakas.


Sumber berita: Pelita Brunei
Sumber foto: InfoFoto
Attachments