Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
24.11.18 Tiga acara utama diketengahkan

‚Äč

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 November. - Majlis Ilmu 2018 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 27 hingga 29 November 2018 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas mengetengahkan tiga acara utama.

Menurut Setiausaha Tetap (Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan), Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Pengiran Haji Kamalrudzaman bin Pengiran Haji Mohd. Ishak pada sesi Sidang Media Majlis Ilmu 2018 yang diadakan di Bilik Sejati 4, ICC, Berakas, hari ini, acara utama yang pertama ialah Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2018 yang akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan akan berangkat sama ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Jelasnya lagi, antara pengisian utama pada majlis perasmian tersebut ialah sesi Ceramah Khas yang akan disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Sementara acara utama yang kedua terangnya, Majlis Forum Perdana Majlis Ilmu 2018 akan diadakan pada hari kedua dan berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bagi Sesi Forum Perdana bertajuk Sektor Pertanian: Survivabiliti Bangsa dan Negara yang mana sesi perbincangan akan melibatkan panel-panel forum dari dalam dan juga penyertaan panel dari luar negara.

Beliau juga memaklumkan mengenai acara utama yang ketiga, iaitu Sesi Ceramah Perdana bertajuk Wanita Sebagai Pendukung Aspirasi Negara Dalam Bidang Pertanian yang akan diadakan pada hari berikutnya dan dijangka berangkat pada hari itu nanti ialah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman pada Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2018 dengan sesi ceramah khas yang akan disampaikan oleh Naib Canselor, Universiti Teknologi Brunei, Profesor Dr. Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.


Sumber berita: Pelita Brunei
Sumber foto: InfoFoto
Attachments