Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
12.11.18 Persiapan Majlis Ilmu 2018 dibincangkan


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 November – Persiapan-persiapan berkaitan penganjuran sambutan Majlis Ilmu 2018 dibincangkan pada Mesyuarat Keempat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018 termasuk mendengar taklimat laporan jawatankuasa-jawatankuasa kerja berkaitan dengan status persediaan kegiatan-kegiatan yang telah dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan.

Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong, juga selaku Pengerusi Bersama mempengerusikan Mesyuarat Keempat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018 sempena Perayaan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-72 Tahun yang berlangsung di West Wing, Aras 1, Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini.

Hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018, Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan Menteri  Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien.

Juga hadir, Timbalan-timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018, Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dayang Hajah Elinda binti Haji C.A. Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh. 

Mesyuarat didahului dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Adanan bin Haji Besar.

Sejurus itu, mesyuarat diteruskan dengan mendengarkan taklimat-taklimat laporan jawatankuasa-jawatankuasa kerja Majlis Ilmu 2018.

Majlis Ilmu 2018 akan diadakan pada 27 hingga 29 November 2018 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas yang bertemakan 'Sektor Pertanian: Suvivabiliti Bangsa dan Negara'.


Sumber berita: Pelita Brunei
Sumber foto: InfoFoto

Attachments