Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
08.10.18 Bincang pelaksanaan Majlis Ilmu 2018


BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72 telah diadakan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Mesyuarat susulan bagi memantau perkembangan persiapan serta perkembangan terkini bagi memastikan pelaksanaan majlis itu berjalan lancar dan teratur telah dipengerusikan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong.

Hadir sama ialah Pengerusi-pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018, Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Tenaga, Tenaga Manusia dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mat Suny bin Haji Mohd Hussein dan Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Penasihat Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2018.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di JPM, Datin Seri Paduka Hajah Elinda binti C.A. Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Pemangku Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Timbalan Menteri Tenaga, Tenaga Manusia dan Perindustrian, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw serta timbalan-timbalan pengerusi bersama jawatankuasa majlis.

Mesyuarat telah didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Selamat dan ucapan alu-aluan Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali sebelum taklimat Iaporan daripada pengerusi bersama Jawatankuasa Kerja Majlis Ilmu 2018 berhubung perkembangan terkini dan persiapan yang telah dirancang bagi memeriahkan majlis yang akan diadakan nanti.

Majlis Ilmu 2018 yang akan berlangsung dari 27 sehingga 29 November ini akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dengan tema ‘Sektor Pertanian: Survivabiliti Bangsa dan Negara’.


Sumber berita dan foto: Media Permata

Attachments